DISEMBER 2022

Premier Sarawak Adakan Kunjungan Hari Krismas


KUCHING,  25/12/22 - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang telah mengadakan kunjungan Hari Krismas di kediaman Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas bertempat di BDC hari ini. 

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Menteri Belia,  Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta isteri, Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Dato’ Ibrahim Baki.

Sumber dari : Sarawakku